Thursday 22 December 2011

Usaha-Usaha Memupuk Perpaduan Kaum

          Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhorm,at Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengemukakan gagasan “Satu Malaysia” sejak tahun 2009 lagi. Gagasan ini bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Bak kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Sudah tentu kita tidak menginginkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi dalam tanah bertuah yang aman makmur pada hari ini. Namun, pelbagai langkah harus diambil untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana "bertepuk sebelah tangan takkan dapat berbunyi".
          Antara langkah yang dapat diambil ialah mengadakan rumah terbuka pada hari lebaran. Misalnya, rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri oleh kaum Melayu, tahun Baru Cina oleh etnik Cin, Hari Deepavali oleh bangsa India, dan Hari Natal oleh penganut agama Kristian. Melalui aktiviti ini, kita dapat bersikap sambil menyelam minum air dengan bergaul mesra dengan rakan-rakan daripada pelbagai kaum sambil menikmati makanan tradisional yang dihidangkan. Rentetan itu, kita akan lebih memahami budaya kaum lain dan memupuk persefahaman dalam masyarakat.
          Seterusnya, perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti sukan. Kita wajar terlibat dalam aktiviti sukan kerana "badan cergas, minda cerdas". Aktiviti sukan dapat dijalankan di pelbagai peringkat, iaitu peringkat kmpung, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Antaranya ialah kegiatan senamrobik secara beramai-ramai pada peringkat kebangsaan. Melalui aktiviti sukan yang melibatkan kumpulan seperti bola jaring, olahraga, dan bola tampar, persefahaman antara ahli kumpulan dapat diwujudkan kerana "bersatu teguh, bercerai roboh. Selain dalam kalangan pelajar, dalam Hari Keluarga juga, keluarga-keluarga bolehlah menyertai acara sukarela. Dengan cara ini, mereka dapat berseronok sambil mengambil kesempatan untuk bergaul dengan jiran tetangga.
           Di samping itu, sistem pendidikan di Malaysia turut bertujuan memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP, pelajar-pelajar dapat berkawan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bengsa dan latar belakang. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran teras yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Bahasa Melayu dititikberatkan dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana 'perpaduan teras kejayaan".
           Pada masa yang sama, kegiatan gotong-royong kerap dijalankan di pelbagai peringkat untuk menggalakkan kerjasama antara ahli masyarakat selain daripada membersihkan sesuatu kawasan daripada belenggu pencemaran alam dan penyakit berjangkit seperti deman denggi, tun, dan malaria. Kegiatan ini melibatkan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankan dengan sistematik dan teratur. Namun dijalankan, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan, penyediaan kenduri juga memerlukan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankn dengan sistematik dan teratur. Namun demikian, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan kawasan sahaja, malah turut melibatkan persediaan sesebuah kenduri dan majlis. Sesebuah majlis tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya semua tugas dipikul oleh seseorang sahaja. Seperti kegiatan membersihkan kawasan, penyedian kendui juga memerlukan pembahagian tugas untuk kerja pembersihan, memasak, menghiaskan kawasan, dan sebagainya.
         Ingatkan bahawa "hati kuman sam dicecah, hati gajah sama dilapah". Sebagai intihanya, perpaduan amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Kita harus membuang sikap perkauman yang menebal dalam diri kita sebelum mengatur strategi seterusnya dalam usaha memupuk perpaduan. Dengan perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat, kita dapat hidup dengan aman damai dan seterusnya menjamin kestabilan tanah air tercinta.


2 comments: